Baddrol Bakhtiar

hanya manusia biasa .. tak ada yang sempurna di dunia ini .. hidup hanya sementara ..

Isnin, 14 Mei 2012

lepak ngan member

bersama-sama dengan member meng"online" sambil makan di MYFC KN..selepas ni kami akan membawa haluan masing-masing..harap kami akan terus menjadi sahabat selepas ini..Amin....

Selasa, 8 Mei 2012

CINTA


Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan.Cinta palsu adalah sekadar basa-basi.Cinta materialistik merosakkan jiwa.Manakala cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Cinta kurniaan Ilahi mengapa harus dibenci?Yang harus dibenci dan hindari ialah kepalsuan dan bukannya cinta.


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal sekiranya kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali kamu menyerah sekiranya kamu masih berasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi sekiranya kamu masih tidak dapat melupakannya.


Jangan melarikan diri daripada cinta sekiranya ia berada di hadapan kamu.Jangan pula melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti,kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kamu tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta kamu kepadanya.
                                                       



Sumber : MAJALAH REMAJA

JALANI UJIAN HIV

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti Virus HIV terutamanya mereka yang mengamalkan cara hidup berisiko.

Pernahkah anda atau pasangan anda terlibat dengan tingkah laku berisiko?

Bertindaklah sekarang.

JALANI UJIAN HIV.

Percuma di semua klinik kerajaan.