Baddrol Bakhtiar

hanya manusia biasa .. tak ada yang sempurna di dunia ini .. hidup hanya sementara ..

Selasa, 29 Januari 2013

AL-FATIHAH BUAT ZULAIKHA ( BIDADARI SYURGA )

Assalamualaikum WBT ...
Alhamdulillah hari ni aku masih diberi kesempatan untuk melihat bumi ciptaan Maha Esa ..
Aku akui aku ni bukanlah seorang gadis yang baik .. Masih banyak salah dan silap yang aku lakukan ..
Aku masih terkapai-kapai ingin mencari Hidayah .. Aku ingin berubah menjadi yang lebih baik .. Aku ingin terus bersujud kepada yang satu .. Banyak dosa yang aku lakukan dan ingin memohon keampuanan dari-Nya .. Moga-moga segala dosa-dosaku diampunkan kerana aku tahu Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ..

Alhamdulillah .. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana memberi Hidayah untuk aku terus bersujud pada-Mu .. Kau memberi kesedaran padaku Ya Allah ...

Gambar terakhir arwah yang aku ada

Aku ingin kongsikan kisah aku yang telah kehilangan seorang sepupu yang aku sayangi .. Namanya Zulaikha ( Ika ) .. Ika nie seorang periang, ramah dan semua orang senang dengan dia tp siapa tahu yang wajah periang ini sebenarnya sedang menanggung penderitaan akibat sakit talesimia ( xpasti ejaan dia ) ..
Keluargaku dan keluarga arwah memang rapat, lagipun rumah kami hanya selang sebuah sahaja .. Dulu arwah selalu ke rumah aku .. Dia berkawan baik dengan adik aku, Syakir .. Dia kalau tak nampak adik aku sehari/ dua mesti akan pergi rumah aku cari adik aku .. Kalau aku balik rumah selalu jumpa dia .. Dia nie kalau tak usik aku memangtak boleh .. Ada saja yang nak usiknya ..

Pada hari khamis (17/1/2013 )
Aku nak balik rumah sebab cuti .. Aku tunggu mak ayah aku datang jemput aku tapi aku heran kenapa lambat diaorang jemput aku .. So aku pun call la mak aku yang aku sayang ni .. Mak aku cakap mungkin dia lambat datang jemput aku ( masa ni suara mak dah lain macam orang baru lepas menangis ).. Lepas tu mak aku sambung, dia kata Ika masuk wad, kritikal ..  Aku masa ni memang tak mahu pikir apa-apa .. Aku yakin dia pasti akan sembuh .. Aku malas nak bertanya banyak ..
Petang tu mak ayah aku datang jemput aku .. Aku masih menunjukkan wajah ceria ku .. Aku tanya mak aku bila lagi dia masuk Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB ) tu .. Mak aku kata baru pagi tadi .. Sebelum itu dia dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN ) ..
Petang tu kami tak terus balik rumah .. Kami singgah makan sekejap kemudian terus ke HSB .. Setibanya aku disana aku lihat ramai sanak saudara dan jugak jiran tetangga yang datang melawat .. Aku tengok Long Besah ( mak Ika ), Long Am ( ayah Ika ) , Wani ( kak Ika ), Zaharul (abang Ika) dan adik beradik yang lain semua berwajah sunggul sahaja termasuk jiran-jiran kami .. Wani ketika aku sampai dia sedang membaca surah Yassiin disampaing Mak Su Yana ( mak saudara Ika ) .. Zahurul pulak sedang membelek2 surat khabar, seketika kemudian dia tidur dilantai hanya berlapikkan sebuah beg yang kecil .. Ya Allah, bertapa sebaknya aku ketika itu .. Aku hanya menahan air mata .. Aku kena kuat sebab aku nak bagi semngat untuk Ika sekeluarga .. Melihat keadaan/suasana ketika di wad, aku tak dapat tahan air mata .. Aku hanya mampu pura-pura tidur, sedangkan aku hanya ingin sembunyikan air mataku ..
Mendengar cerita mak ayah aku, pada sebelah pagi ketika Ika hendak dibawa ke HSB dari HKN , Zaharul dari awal sudah celapak naik atas ambulan.. Semua yang ada di situ berusaha untuk turunkan dia sebab hanya seorang waris yang dibenarkan ( mak Ika ) .. Zaharul menagis teresak-esak .. Mak ayah ikut ambulan dari belakang dengan membawa Zaharul dan Tok Ngah ( tok Ika ) .. Setelah sampai disana, mak aku ingat nak terus balik sebab adik aku sekolah tapi terhalang sebab Long Am aku pengsan dan Long Besah aku jugak hampir pengsan .. Sebelum itu, doktor ada panggil Mak Abah Ika ni dan doktor beritahu dah tak ada harapan ( Ika ) .. Tapi itu hanyalah tekaan doktor, Allah yang tentukan semuanya ...
Jam hampir pukul 6 ptg, kami terpaksa balik dahulu sebab adik aku tak tahu macam mana dekat rumah lagipun kami nak kena balik kampung sebab Mak Lang aku ada buat kenduri cukur jambul cucu dia ... Aku bersalam dengan semua orang dan tersenyum ceria sebab ingin menutup sedih diwajahku ..

Jumaat ( 18/1/2013 )
Mak aku tak putus-putus menanya khabar Ika tapi jawapanya masih sama .. Aku seboleh-bolehnya tak mahu tunjuk wajah sedihku sebab aku tak mahu mak aku lagi sedih .. Aku ceriakan diri aku sepanjang berada di kampungku .. Kenduri cukur jambul berjalan dengan lancar .. Mak aku memonta tolong orang-orang kampung aku untuk membaca Yaasiin untuk Ika ..Ya Allah, selepas minta tolong terus sahaja orang berkumpul dan penuhkan ruang rumah mak lang ku .. Mudah dan cepat semua itu berlaku .. Setelah selesai, mak aku kirimkan air Yaasiin untuk dibawa ke HSB .. Air Yaasiin itu Long aku sapukan ketubuh Ika .. Ketika itu, Ika memberi respond .. Dia mula megenggam tangan mak abah dia .. Mula panggil " mak " ( itu apa yang diceritakan ) ...
Pada sebelahnya , mak aku rasa tak sedap hati .. Mak aku kata selalunya repond yang diberi mungkin sesuatu yang mengembirakan dan mungkin juga akan membawa kesedihan nantinya ( mak aku dah ada pengalaman ini masa arwah abang dia dulu )..
Jam 11.30 pm , mak aku dikejutkan panggilan dari Long Am .. Dengan esakkan dia bagi tahu Ika dah tak ada ( selepas tu call terputus, Long aku pengsan) .. Aku masa ni tersentap jugak tapi aku kuatkan diri .. Kami pergi kerumah jiran untuk beritahu berita tersebut .. Tak lama selepas itu orang ramai mula mengumpul ..  Seawalnya kami ingat jenazah dibawa balik rumahnya rupa-rupanya rumah tok dia .. Tak jauh dari rumah aku .. Apa yang aku tahu malam tu semua berjalan lancar ( proses membawa jenazah pulang ) .. Van jenazah diiringi oleh moto-moto berkuasa tinggi ( seperti orang-oarang kenamaan yang meninggal ) .. Semua lampu isyarat hijau sahaja sepanjang perjalanan .. ( itu lah yang diceritakan .. aku tak pergi malam itu sebab tak ada sesiapa nak jaga budak3 kat rumah aku )

Sabtu ( 19/1/2013 )
Aku pergi melawat jenazah.. Sewaktu aku masuk ja aku ternampak wajah Wani .. Aku terus menangis dalam pelukkan Wani .. Ya Allah, sungguh aku tak percaya dengan apa yang aku lihat tapi aku sedar kekuasaanMu Ya Allah arwah Ika tersenyum ... Itulah yang diberitahu oleh Wani padaku berulang kali .. Ya aku lihat dengan mata kepala aku sendiri, Arwah tersenyum ..
Pada hari itu, ramai betul yang hadir ingin melawat jenazah .. Tak pernak aku tengok manusia seramai ni ( yang tak pernah tengok pon hadir ) sampai mak arwah pon tak kenal mana datangnya mereka ni ..  Sampai waktu nak kebumi ( pukul 11 ), orang masih terpusu-pusu ingin melihat arwah .. Orang kampung terpaksa jugak angkat arwah untuk dimandikan dan dikafankan kemudiannya .. Ramai orang kecewa sebab tak dapat melihat arwah .. Sewaktu arwah dimandikan, adik beradik termasuk abang arwah setia menunggu diluar ( mak aku salah seorang yang mandikan arwah ) .. Sewaktu mengkafankan arwah, orang masih berduyun-duyun nak tengok arwah .. Aku hanya lihat sekejap sahaja , aku tak mampu .. Air mataku berguguran lagi .. Aku tak mahu arwah tengok aku bersedih .. Aku redha pemergiannya .. Tetapi aku terkilan masa mak aku suruh aku pergi cium arwah buat kali terakhir aku tak turuti .. Aku takut air mata aku terkena arwah ( aku pernah ditegur semasa aku mencium arwah tok aku dulu )..
Kata seorang ustaz yang datang melawat jenazah memberitahu arwah merupakan " BIDADARI SYURGA " .. Bukan semua ibubapa beruntung seperti Long Am dan Long Besah aku .. Ya,  Zulaikha merupakan BIDADARI SYURGA ..
Majlis pengebumian berjalan lancar .. Zaharul aku lihat turut sama menolong untuk mengebumikan arwah .. Ya Allah sungguh aku terharu melihat Zaharul ( aku tak boleh tengok Zaharul langsung pasti air mata aku nak mengalir ) .. Aku seawal-awalnya sudah lari dari kawasan tersebut .. "Tak apa la Ika pergilah dengan tenang, Along hantar Ika jugak tapi Along tak mampu nak tengok suma itu ( proses pengebumian ) " ...
Aku saja sibukkan diri dengan melyan karenah sepupu kembarku .. Ada kala air mata aku bertakung jugak tapi aku cepat sapu .. Selesai proses pengebumian, kami semua melangkah keluar dari kawsan perkuburan .. Aku tengok orang ramai sedang tenang kan Long aku .. Dia tak dapat lakukan apa-apa( mengurus jenazah ) sebab dia sedang ABC( Allah bagi cuti ) .. Mesti Long aku terkilan dan kami semua faham perasaaan dia .. Seketika kemudian aku tengok Zaharul pulak keluar dari kwasan perkuburan dengan baki-baki tangisan ( dia menagis ), masa ni aku turut sebak .. Malam kenduri tahlil aku tak ikut sebab aku sakit kepala sangat-sangat ..

Keesokkan harinya
Aku dah nak balik KMK, so aku pergi la rumah tok arwah petang tu jugak .. Aku nak tolong apa yang patut .. Hari itu, suasana sedih masih menyelubungi rumah .. Esakkan dan tangisan masih kedengaran ( dari bahagian dapur,  mak su dan beberapa orang sedang nangis sambil melihat gambar arwah ) .. Aku terus lari ke bahgian depan rumah .. Aku kena kuat .. Aku nak bagi semangat dekat keluarga arwah ..
Aku minta diri nak balik kemas baju-baju aku, aku pun bersalam dengan mak arwah .. Long aku berpesan " p ngaji, ngaji elok-elok .. jangan ingatkan Ika sangat .. Dia bahagia dah disana .. " Aku dah sebak tapi aku gagahkan jugak untuk tidak menagis di depan mereka semua .. Aku hanya hadiahkan senyuman buat mereka namun dalam hati tak ada siapa yang tahu .. :)

AL-FATIHAH BUAT ZULAIKHA ( BIDADARI SYURGA ) .. SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT .. AMIN ..


* ALONG SAYANG IKA, IKA TUNGGU ALONG DEKAT SANA YA SAYANG :) *

Tiada ulasan:

Catat Ulasan