Mata merupakan deria yang amat penting yang membolehkan kita melihat keindahan yang dicipta sempurna oleh Yang Maha Esa. Akibat masalah penglihatan yang menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas, pemakaian cermin mata dan kanta lekap dapat membantu mengembalikan penglihatan.
Disini ada beberapa panduan pengunaan kanta lekap yang sering dipandang remeh oleh pemakainya.
KEBERSIHAN
Sebelum memakai kanta lekap, pemakai harus mencuci tangan terlebih dahulu sebelum memegang dan meletakkannya ke atas anak mata. Tangan yang kotor boleh mengakibatkan infeksi pada mata akibat kotoran atau kuman yang terlekat pada kanta lekap. Jika mata menjadi kemerahan dan bengkak selepas memakai kanta lekap, digalakkan untuk menanggalkannya terlebih dahulu. Cuci dengan cecair yang diberikan dan rendamkan untuk beberapa ketika sebelum memakainya semula.
KESESUAIAN
Kanta lekap tidak lagi sekadar menjadi pengganti pemakaian kaca mata kerana ramai yang menggunakannya hanya kerana fensyen dan menambahkan seri wajah mereka. Ia tidak melanggar etika sebarang undang-undang, namun adalah dinasihatkan untuk melihat dahulu kesesuaiannya dengan warna kulit muka dan penampilan secara keseluruhannya. Warna yang dipilih harus sesuai dengan kulit wajah dan buang persepsi memilihnya berdasarkan warna baju. Anda pasti kelihatan janggal tampil serba hijau dari mata hingga baju yang digayakan !!
PENJAGAAN
Kanta lekap perlu ditanggalkan selepas enam hingga lapan jam digunakan. Ia bergantung kepada keadaan cuaca dan mata seseorang individu. Pemakaian yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi letih dan menyebabkan ketidakselesaan pada organ penglihatan tersebut. Kadar hayat kanta tersebut adalah tidak lama. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan untuk menukar kanta lekap setiap bulan bagi menjamin kesihatan dan keselamatan mata.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan