Baddrol Bakhtiar

hanya manusia biasa .. tak ada yang sempurna di dunia ini .. hidup hanya sementara ..

Rabu, 16 Januari 2013

EMPAT TAHUN TIADA HUJAN

   BRASILIA - Rantau Poco Redondo yang terletak dalam negeri Sergipe, timur laut Brazil dihimpit musim kemarau paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.
    Penduduk setempat memberitahu, hanya hujai renyai-renyai yang turun di kawasan mereka dalam tempoh empat tahun.
    Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dikenali sebagai Alice berkata, dia tidak pernah melihat hujan selama hidupnya tetapi mengetahui bahawa ia sesuatu yang baik.
    Kemarau sekian lama itu kini mengancam bekalan air ke empangan elektrik di negeri itu yang menyebabkan kerapnya berlaku gangguan bekalan elektrik kepada penduduk.
    Ketiadaan hujan juga menjejaskan tanaman seperti jagung dan kapas serta ternakan kambing serta lembu yang menjadi mata pencarian penduduk tempatan.
    Lebih teruk, kemarau itu memusnahkan 30 peratus tanaman tebu di rantau berkenaan. Sergipe menyumbang 10 peratus daripada pengeluaran gula di Brazil.- Reuters



 sumber : KOSMO !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan