KENALI JANTUNG
Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untukk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badab melalui sistem peredaran darah .
Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari.
Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60-80 kali seminit.
PENYAKIT JANTUNG
Seseorang individu boleh mengidap 2 jenis penyakit jantung iaitu :
1) penyakit jantung KONGENITAL
- berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.
2) penyakit jantung BUKAN KONGENITAL
- terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.
SERANGAN JANTUNG
Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila oto jantungnya tidak dapat bekalan darah yang mencukupi disebabakan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.
Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.
Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO SERANGAN JANTUNG
- kurang senaman/ tidak aktif
- pemakan yang tidak sihat
- tekanan darah tinggi
- tekanan perasaan ( stres )
- merokok
- kegemukan
- diabetes
TANDA-TANDA SERANGAN JANTUNG
- sesak nafas
- sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
- sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
- berpeluh dingin
- berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
- pening kepala dan berasa loya
MENCEGAH SERANGAN JANTUNG
(amalkan gaya hidup sihat )
- bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali
- makan secara sihat
- kekalkan berat bdan unggul
- berhenti merokok
- belajar menangani tekanan perasaan
- periksa paras glukosa darah
- awasi paras kolesterol
- lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Tiada ulasan:
Catat Ulasan