Baddrol Bakhtiar

hanya manusia biasa .. tak ada yang sempurna di dunia ini .. hidup hanya sementara ..

Khamis, 27 Disember 2012

PANDUAN BERHENTI MEROKOK

MEMBUAT KEPUTUSAN BERHENTI MEROKOK


Kenapa anda membuat keputusan untuk berhenti merokok?
Mengetahui semua semua sebab-sebab untuk berhenti merokok akan mendorong anda lebih bersemangat untuk berjaya. Terdapat banyak sebab untuk menjadi bukan perokok. Di bawah ini disenaraikan sebab-sebab yang dianggap penting bagi diri anda :

  • HIDUP LEBIH LAMA 
          Satu daripada dua perokok akan mati lebih awal kerana penyakit yang berkaitan dengan merokok.               Merokok membunuh hampir 5000 rakyat Malaysia setiap tahun.    
  • MENGHINDARI RACUN
          Asap rokok mengandungi hampir 4000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • MENCEGAH PENYAKIT
          Terdapat 40 jenis penyakit yang berkaitan dengan merokok. Kanser paru-paru, penyakit jantung,                 penyakit bronkitis kronik, emfisima, strok dan ulser perut   adalah sebahagian daripada                                 penyakit-penyakit berbahaya yang boleh dicegah dengan tidak merokok.
  • LEBIH SIHAT
          Bukan perokok jarang mengalami batuk-batuk, selsema, jangkitan paru-paru dan penyakit pernafasan           yang lain berbanding dengan golongan perokok. 
  • MELINDUNGI ORANG LAIN
           Apabila anda merokok, orang yang berada di sekeliling anda turut sama menyedut asap rokok                      yang datang dari rokok yang anda hisap. Ini dinamakan merokok secara pasif. Ia boleh                                menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit salur penafasan dan penyakit lelah di                  kalangan bukan perokok ini. Merokok secara pasif adalah berbahaya ke atas kanak-kanak. 
  • MENJADI TELADAN YANG BAIK
           Sekiranya anda mempunyai anak, anda menjadi contoh ikutan atau 'role model' kepada anak-anak                anda. Kanak-kanak lebih cenderung untuk merokok sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu                  bapa mereka merokok. 
  • ANAK-ANAK YANG SIHAT
  • MENINGKATKAN KECERGASAN

  • MENINGKATKAN DERIA RASA DAN HIDU

  • KULIT YANG LEBIH SIHAT

  • NAFAS YANG LEBIH SEGAR

  • GIGI YANG LEBIH PUTIH

  • RAMBUT DAN PAKAIAN TIDAK BERBAU BUSUK

  • MENJIMATKAN WANG

  • MELINDUNGI ALAM SEKITAR 
 ~ sambungan....~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan