MENDAPAT RAWATAN DI KLINIK BERHENTI MEROKOK HOSPITAL / KLINIK KESIHATAN
Klinik Berhenti Merokok disediakan di hospital dan klinik kesihatan untuk membantu perokok berhenti merokok dengan teknik yang terbukti berkesan iaitu dengan cara terapi modifikasi tingkahlaku dan terapi gantian nikotin.
OBJEKTIF :
- Memberi pengetahuan dan kemahiran untuk perokok berhenti merokok
- Memberi rawatan dan pemulihan kepada perokok yang ingin berhenti merokok
- Memberi kesedaran kepada perokok tentang bahaya merokok
- Menggalakkan dan memberi motivasi kepada perokok daripada kembali merokok serta mengekalkan status tidak merokok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan